Dalam kes ini, Encik Azzan selaku co-counsel mewakili pihak syarikat dalam satu rujukan di Mahkamah Perusahaan berhubung penamatan pekerja secara pengurangan pekerja (retrenchment).
Penuntut telah berkhidmat selama 10 tahun dengan syarikat dalam industri minyak sawit mentah dan memegang jawatan Penolong Pengurus Kewangan sehingga penamatan pada 1 Januari 2020.
Syarikat menghadapi masalah kewangan teruk dan tiada aktiviti perniagaan dilaksanakan pada tahun 2019 — sehingga memerlukan pihak ketiga membayar gaji untuk mengekalkan operasi minimum. Berikutan itu, syarikat mengambil langkah pengurangan tenaga kerja dan penuntut diberikan notis bertulis pada 16 Disember 2019.
Apa isu undang-undang dalam kes ini?
Penuntut/Pekerja mendakwa:
• penamatan bermotif jahat
• syarikat tidak mengikut prinsip Last In, First Out (LIFO)
• mahu dikembalikan ke jawatan asal beserta semua faedah lampau
Namun Mahkamah Perusahaan menilai dari segi hakikat perniagaan, bukan emosi atau persepsi.
Mahkamah menegaskan:
Redundancy ialah alasan sah untuk penamatan apabila syarikat benar-benar menghadapi kekangan & lebihan pekerja.
Pertimbangan Utama Mahkamah
✔ Syarikat bukti keadaan kewangan kritikal
✔ Tiada aktiviti perniagaan sepanjang 2019
✔ Terdapat lebih ramai pekerja daripada keperluan operasi
✔ Beberapa pekerja lain turut terkesan (bukan satu targeting)
✔ Notis telah diberikan secara formal dan hujung tahun dipatuhi
✔ Tiada unsur mala fide, victimisation atau diskriminasi
Mahkamah menilai bahawa keputusan syarikat adalah:
➡ Adil, sah dan berlandaskan “good faith”
➡ Hak prerogatif pengurusan untuk kelangsungan syarikat
Keputusan
❌ Tuntutan dikembalikan kerja: DITOLAK
❌ Dakwaan penamatan tidak adil: DITOLAK
📌 Mahkamah tekankan bahawa hak pekerja dilindungi, namun majikan juga berhak mempertahankan survival perniagaan.
Kenapa kes ini penting
• Menekankan keseimbangan antara hak pekerja & hak majikan
• Membuktikan retrenchment yang telus adalah dilindungi undang-undang
• Jadi panduan kepada syarikat yang mengalami penyusunan semula perniagaan
Penamatan tanpa salah laku boleh sah, jika dibuat dengan betul dan bukti kukuh.
Rujukan Kes
Mazli Sapar Lwn. Tradelift Bhd [2021] 2 LNS 1530
Majikan di bawah tekanan perniagaan?
Kami bantu syarikat:
⚖️ Semak lawful retrenchment
📋 Sediakan dokumentasi betul sebelum penamatan
🛡️ Elak risiko saman Industrial Court
