Pekerja Asing Tidak Dibayar Gaji Semasa PKP: Majikan Tetap Bertanggungjawab

Dalam kes ini, Encik Azzan selaku kaunsel utama mewakili seorang pekerja asing — seorang Pengurus Kewangan di sebuah restoran Middle East terkenal di Kuala Lumpur.

Bermula Februari 2020, beliau bekerja seperti dipersetujui dalam Surat Tawaran dengan gaji pokok RM6,000 sebulan. Namun apabila PKP bermula dan perniagaan terjejas, majikan secara sebelah pihak memotong 50% gaji dan kemudian langsung tidak membayar gaji April, Mei & Jun 2020, walaupun pekerja terus melaksanakan tugas dari rumah. 

Pada 1 Julai 2020, pekerja dimaklumkan secara lisan sahaja bahawa pekerjaannya ditamatkan serta-merta.
❌ Tiada notis bertulis
❌ Tiada pembayaran ganti notis
❌ Gaji masih tertunggak

Majikan kemudian cuba beralasan bahawa pekerja tiada permit kerja sah — hanya selepas kes difailkan.Mahkamah menyifatkan ini sebagai alasan lewat untuk lari dari tanggungjawab

Apa isu undang-undang utama?

Mahkamah memutuskan empat persoalan:

PersoalanKeputusan Mahkamah
Adakah surat tawaran sah & mengikat?✔ Ya
Adakah majikan boleh potong gaji 50%?✔ Ya (kerana ada klausa membenarkan pindaan sementara PKP)
Adakah penamatan secara lisan sah?❌ Tidak — pekerja berhak ganti notis 1 bulan
Adakah pekerja tanpa permit hilang hak gaji?❌ Tidak — kerja dibuat, jadi gaji wajib dibayar

Mahkamah tekankan bahawa:

Jika benar tiada permit, kedua-dua pihak boleh disabitkan — tetapi itu tidak menghalalkan majikan untuk mengambil kesempatan menafikan gaji pekerja. 

Keputusan Akhir

Majikan diperintahkan membayar kepada Plaintif:

✔ RM3,000 — baki gaji Mac 2020
✔ RM9,000 — separuh gaji April–Jun 2020
✔ RM6,000 — gaji sebulan sebagai ganti notis penamatan
📌 Jumlah: RM18,000 + faedah + kos tindakan 

Kenapa kes ini penting?

Kes ini menunjukkan bahawa:

• Pekerja tetap dilindungi walaupun warga asing
• Gaji yang sudah dikerjakan tidak boleh dinafikan apa pun alasannya
• Hak pekerja semasa PKP tetap terjamin melalui undang-undang kontrak pekerjaan

Pekerja bukan mesin — bila majikan mengambil manfaat dari kerja seseorang, gaji wajib dibayar.

Rujukan Kes

Nabeel Mohammed Hussein Alrakhami v Hadramawt Kitchen Sdn Bhd [2022] MLJU 3488 

Gaji Tertunggak? Ditamatkan tanpa notis?
Kami bantu pekerja:
⚖️ Tuntut gaji & pampasan pemecatan
⚠️ Lawan tindakan majikan yang menafikan hak
🔎 Semak merit kes secara profesional & sulit

Bermanfaat? Kongsikan:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top