Dalam kes ini, Encik Azzan selaku kaunsel utama mewakili waris kepada pemilik asal sebuah rumah tradisional yang telah menduduki tanah tersebut sejak 70 tahun di Kuala Terengganu.
Walaupun keluarga ini tidak memiliki geran tanah, mereka telah:
• membayar cukai pintu,
• mendapatkan bekalan elektrik,
• menetap turun-temurun, dan
• pernah memohon hakmilik secara rasmi.
Namun, Pejabat Tanah menolak permohonan tersebut dan menganggap mereka sebagai penduduk setinggan, kerana Lot 2795 disahkan sebagai tanah kerajaan berdasarkan rekod pecah sempadan lama.
Apa sebenarnya berlaku?
2015–2018: Tiga notis arahan dikeluarkan kepada keluarga untuk mengosongkan tanah
• Notis terakhir pada 18 November 2018
• Rumah akhirnya dirobohkan pada 21 November 2018 — hanya tiga hari selepas notis dihantar
Keluarga kehilangan tempat tinggal serta barang-barang peribadi dalam rumah tersebut.
Mereka kemudian memfailkan tuntutan untuk:
✔ Hakmilik tanah
✔ Pampasan atas kerugian perobohan rumah & pencerobohan
Isu Undang-Undang Penting
Mahkamah menegaskan:
➡ Undang-undang tanah tidak membenarkan pemilikan melalui pendudukan semata-mata, walaupun telah lama menduduki tanah tersebut.
➡ Pihak berkuasa berhak merobohkan binaan atas tanah kerajaan selepas notis munasabah diberikan.
Keputusan Mahkamah
Walaupun penempatan mereka tidak sah, Mahkamah mengakui bahawa:
• Rumah warisan itu sememangnya wujud,
• Dan perobohan menyebabkan kerugian yang nyata.
Maka Mahkamah Benarkan gantirugi am
Mengapa kes ini signifikan
• Walaupun penduduk tidak memiliki geran, humanity of consequences tetap diambil kira
• Pihak berkuasa perlu wajar & bertindak secara berperingkat sebelum penguatkuasaan
Hak rakyat terpelihara, tetapi prerogatif kerajaan atas tanah tetap berkuatkuasa.
Rujukan Kes
Wan Mohamad Anwar bin Wan Yusof (menuntut sebagai waris kepada Wan Yusof bin Abdul Kader, simati) lwn Pentadbir Tanah Pejabat Tanah & Daerah Kuala Terengganu & Anor [2020] MLJU 2677
Ada isu dengan tindakan tanah kerajaan?
Kami bantu rayuan & tuntutan pampasan apabila:
⚠️ Rumah dirobohkan
⚠️ Tanah keluarga didakwa ‘setinggan’
⚠️ Prosedur penguatkuasaan diragukan
