Dalam kes ini, Encik Azzan selaku kausel utama mewakili pekerja NGO di Kelantan — seorang penggerak dakwah ABIM. Pada malam 12 Mei 2021, beliau bekerja lebih masa untuk mengagihkan bantuan sebelum sambutan Aidilfitri keesokan harinya.
Awal pagi 13 Mei 2021, kira-kira jam 5 pagi, beliau terlibat dalam kemalangan jalan raya ketika dalam perjalanan pulang.
Akibatnya:
• kecederaan parah,
• kecacatan kekal pada tangan,
• kini memegang kad OKU.
Beliau kemudian memohon faedah bencana kerja daripada PERKESO — namun ditolak atas alasan perjalanan tersebut tiada kaitan dengan pekerjaan. Rayuan ke Jemaah Rayuan Keselamatan Sosial (JRKS) juga ditolak.
Apa persoalan undang-undang?
Perlukah kemalangan berlaku di tempat kerja untuk dilindungi skim PERKESO?
Undang-undang menjawab: Tidak semestinya.
Seksyen 24(1) Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 melindungi perjalanan yang berkaitan langsung dengan pekerjaan, termasuk perjalanan pergi dan balik.
Dalam kes ini:
➡ Rumah penginapan bukan destinasi akhir
➡ Beliau hanya singgah rehat sebelum pulang ke kampung untuk Aidilfitri
➡ Perjalanan ini berlaku kerana tuntutan kerja — bekerja lebih masa sehingga lewat
Mahkamah tegaskan:
“Perjalanan pulang hanya dapat dilakukan pada waktu tersebut ekoran komitmen kerja… dan adalah wajar beliau pulang ke kampung untuk menyambut perayaan sebagai seorang Muslim.”
Apa Mahkamah Tinggi Putuskan
✔ Kemalangan diiktiraf sebagai bencana kerja
✔ Keputusan JRKS diketepikan
✔ Faedah PERKESO layak dan nilai pampasan perlu dinilai semula oleh panel berbeza
Kenapa kes ini penting?
• Ramai pekerja bekerja luar kawasan & pulang jauh setiap minggu/perayaan
• PERKESO tidak boleh ditafsirkan secara sempit sehingga menafikan perlindungan
• Hak pekerja perlu dilihat dari realiti kehidupan sebenar, bukan teknikal semata-mata. Kes ini memberikan kejelasan — pekerja yang cedera ketika pulang dari kerja masih berhak dilindungi, selagi perjalanan itu terjadi kerana komitmen kepada pekerjaan.
Ditolak PERKESO? Jangan putus asa.Kami bantu semak sama ada keputusan tersebut:
⚠️ Tersalah tafsir undang-undang
⚠️ Abaikan bukti bahawa ia bencana kerja
⚠️ Tidak ikut objektif perlindungan pekerja
