Peniaga Vape Diserbu Ketika PKP: Penyitaan Tanpa Kuasa Bertulis Diisytihar Salah

Encik Azzan selaku kausel utama diberi kepercayaan mewakili seorang peniaga kecil vape di Pasir Mas yang berdepan tindakan penguatkuasaan oleh Majlis Daerah Pasir Mas pada 3 April 2020, ketika negara dalam situasi PKP Tahap 2.

Dalam operasi Task Force pematuhan arahan COVID-19 yang melibatkan pelbagai agensi, premis beliau diserbu pada kira-kira jam 9:13 malam. Hanya seorang pekerja yang berada di dalam premis ketika itu. Pihak penguatkuasatelah :
• mengeluarkan kompaun atas dakwaan melanggar syarat lesen & PKP
• menyita semua barang dagangan vape
— tanpa inventori terperinci disediakan ketika sitaan berlaku. 

Beberapa minggu kemudian, apabila Plaintif membuat pembayaran kompaun dan menuntut barangan yang disita, sebahagian daripadanya hilang, menjejaskan pendapatan perniagaan beliau. 

Apa sebenarnya isu undang-undang?

Pihak Majlis Daerah Pasir Mas berhujah bahawa pegawai mereka mempunyai kuasa untuk menguatkuasakan undang-undang tersebut.

Namun, Mahkamah mendapati perkara sebaliknya:
❌ Tiada bukti pemberian kuasa bertulis daripada Yang Dipertua/Setiausaha Majlis
❌ Kad kuasa sahaja tidak mencukupi
❌ Kompaun & borang inventori bercanggah dan mengelirukan
❌ Tindakan penguatkuasaan dibuat di luar bidang kuasa sah pegawai PBT berkenaan 

Mahkamah menegaskan:Jika PBT tidak mengikut undang-undang, bagaimana mereka mahu menguatkuasakan undang-undang terhadap orang lain?
(Mahkamah menyamakan dengan “ketam mengajar anak berjalan lurus”) 

Keputusan Mahkamah

Mahkamah Tinggi Kota Bharu memutuskan bahawa penyitaan & kompaun adalah tidak sah dan salahguna kuasa oleh pegawai Majlis. 

Plaintif berjaya dan Mahkamah mengarahkan:
✔ Deklarasi tindakan salah & tidak teratur
✔ Gantirugi am RM20,000
✔ Kos RM20,000 dibayar oleh Majlis Daerah Pasir Mas kepada Plaintif 

Kenapa kes ini penting?

Kes ini membuka mata bahawa:
• Kuasa PBT ada hadnya
• Prosedur & kuasa bertulis bukan formaliti, tetapi hak perlindungan rakyat

Rujukan Kes

Fathin Nur Syafira bt Pauzi (berniaga di bawah gaya dan nama Duta Empire Resources) lwn Majlis Daerah Pasir Mas [2022] MLJU 3173 

Ada Isu Dengan Tindakan PBT?

Kami bantu semak sama ada tindakan penguatkuasaan:
⚠️ melampaui kuasa
⚠️ tidak ikut prosedur
⚠️ menjejaskan perniagaan anda

Bermanfaat? Kongsikan:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top