Pengasas Firma

Azzan Aznan Bin Abdul Rahim

Litigator. Problem-Solver. Advocate for Justice.

“Strategik dalam pengendalian kes. Tegas dalam hujahan di Mahkamah.”

Beliau merupakan graduan International Islamic University Malaysia (IIUM) dan telah diterima masuk serta didaftaraikan sebagai Peguambela & Peguamcara Mahkamah Tinggi Malaya pada tahun 2018. Beliau kemudiannya ditauliahkan sebagai Peguam Syarie Wilayah-Wilayah Persekutuan pada tahun 2019.

Sejak memulakan amalan guaman, beliau telah mewakili individu, syarikat serta pelbagai entiti dalam pelbagai pertikaian sivil di Mahkamah. Amalan beliau merangkumi antara lain Perhubungan Perusahaan dan Pekerjaan, Kecuaian Perubatan, Pertikaian Hartanah, serta pertikaian Komersial dan Tort, termasuk permohonan Injunksi.

Beliau berpegang kepada pendekatan bahawa setiap pertikaian memerlukan strategi litigasi yang jelas serta advokasi yang berkesan bagi memastikan kepentingan anak guam dilindungi, dibela dan diperjuangkan di sisi undang-undang.

Sepanjang kerjayanya, beliau juga terlibat dalam kes-kes yang dilaporkan dalam pelbagai jurnal undang-undang seperti ILR, CLJU, LNS, MLJU dan MLRA, mencerminkan pengalaman luas beliau dalam litigasi di Mahkamah pada pelbagai peringkat.

Bidang Tumpuan: Civil Litigation · Employment & Industrial Relations · Medical Negligence · Property Disputes · Injunctions

Galeri

Foto kenangan bersama anakguam selepas perbicaraan kes kontrak

Gambar bersama pakar-pakar perubatan selepas perbicaraan kes Kecuaian Perubatan

Gambar kenangan bersama Allahyarham Tun Mohamed Salleh bin Abas, Mantan Ketua Hakim Negara selepas beliau menjadi Kaunsel Utama di Mahkamah Rayuan

Gambar kenangan bersama pelatih dalam kamar selepas kemenangan kes permohonan Injuksi di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur

Scroll to Top